Monday, August 22, 2011

pesanan booss di bayan lepas FIZ

aku baru mengenalinya kerana usiaku bersama kompeni ini lebih lama darinya.lagipun dia orang sibuk dan aku juga orang yang sentiasa sibuk dengan duniaku.tetapi kata katanya sentiasa aku ingati-everything is possible,nothing is easy.

pertamanya aku jumpa kata kata ini dalam majalah dalaman tanpa aku ketahui siapa penulisnya. teruja dengan maksud disebalik kata kata itu aku membacanya sembilan kali lalu terus terpahat di minda mudahkan - setiap sesuatu boleh menjadi kenyataan. apa saja dalam hidup bermimpilah, kemudian usaha saja dong tanpa henti. jika terpeleok di tengah jalan ingatlah prasa kedua - tidak ada yang mudah-semuanya menuntut pengorbanan dan usaha keras.

hendah kesyurga-possible hendak keneraka- juga possible hendak kesyurga- tidak juga mudah hendak keneraka- juga payah malah menyiksakan lagipun manusia dicipta untuk bergerak berubah dan berjuang. ana boleh menjadi statik(dok diam). kelak akan menjadi seperti rumah yang kosong yang tanpa sebarang aktiviti di dalamnya akan dipenuhi dengan sawang dan kayu akan mereput jadi jangan biarkan tulang anda reput. langkah terus untuk kesyurga dunia dan syurga akhirat

soal hati..

"Accomplish it or do not begin" aku terpandang kata kata bermakna ini pada pintu masuk sebuah sekolah gred A di Bukit Mertajam ketika melintasi jalan depannya. bagiku kata kata yang menginspirasikan yang sedang berpesan " sudahkan atau jangan bermula". Ia mencabar ego seorang insan dan mendebarkan daya juang seorang pelajar tua sepertiku. ya ,dulu aku juga seorang yang pernah duduk bersekolah bermula dari sekolah sains ternama, separuh jalan di tangga universiti dan teruskan kuliah di pusat kemahiran sehinggalah tamat kuliah dijalanan. begitu kuat sekali jiwa muda meneroka, semata mata untuk ilmu dan pengalaman baru. Bukankah sepanjang hidup insan adalah menjadi pelajar dan pengajar. Paling leceh pun, sekurangnya jadilah guru pada diri sendiri. "Tuah dalam hidup ini ialah bilamana ada rasa mahu belajar"otakku mula bersyarah pada diri sendiri. "sewaktu masing masing puak mengatakan akulah yang betul, puak itulah yang sesat sedangkan masing masing memegang alquran di tangan kiri dan kanan, aku semakin merasa orang yang sudi belajarlah akan merintis hidayah"


"Adakah hidayah ini sama seperti jodoh, ia perlu dicari, di doa dan diusaha"? otakku semakin nakal bertanya. Hari ini hari nuzul Quran. Turunnya buku panduan kepada manusia untuk dijadikan manual rujukan, bagaimana manusia ini harus beroperasi dan dioperasikan. dulu aku pernah mendengar satu logika yang disampaikan oleh seorang sarjana. bila manusia mula memasukkan diri mereka dalam dunia industri, maka terciptalah komputer,tv,mesi basuh dan segalanya. pada setiap ciptaan ini disisipkan sebuah manual panduan untuk pengguna jadikan rujukan ketika mula mengoperasikannya. kita pun membuka dan membaca lebih kerap pada permulaan membelinya supaya setiap mesin ini di operasikan dengan betul. setelah mahir menggunakannya, manual itu tidak lagi dilihat.

"apakah aku sudah merasa terlalu mahir untuk kendalikan hidup ini, maka buku panduan hidup manusia ini telah lama tidak kurujuk?ke situ pulak otakku bertanya. "atau apakah aku sudah biasa dan selesa dengan hidup ini,tidak payahlah sebarang buku panduan ini". soalan dan demi soalan mengasak di hati kecil. "sedangkan hakikatnya hidupku semakin kosong, stamina dan perfomance semakin menurun, kenapakan aku tidak kembali mencari semula buku panduan yang diturunkan bersama penciptaanku" jawap hati kecilku yang paling kecil.nampaknya semakin sengit otak baik sedang berhujah dengan otak jahat sebenarnya aku rindu pada rajah rajah dan diagram diagram hidupku yang sebenar. aku rindu pada buku panduan hidupku. tapi sering saja ada alasan keramat ini,nantilah, aku akan mulakan satu hari nanti.

"kenapalah aku lemah dan sering menangguh untuk melakukan kebaikan, wahai Tuhan, titislah setitis demi setitis kekuatan itu padaku"sempat juga aku berdoa mengharapkan supaya aku boleh terus accomplish it. Alangkah lemahnya seorang insan jika tanpa hidayah...terkapai kapai mencari buku panduan yang telah lama hilang...

Monday, July 11, 2011

pinanglanie-julai yang kering, berhaba dan...

pinanglanie
musimnya kering,
sesekali panas dengan cerita bersih 2.0
kisah anak muda yang mahu perubahan
dan jiwa yang memberontak setelah sekian lama diperbodohkan.

penanglani
berhaba dengan isu perkauman,
biarpun sudah berlalu berpuluh tahun melayu itu berkuasa,
rupanya mereka menjual tanah dan maruah
dari pulao pinaom yang disewa cuma 1000 spanish
kepada FRANCIS LIGHTS
membawa kepada segala tanah kampung yang terpaksa dijual
bila di pengaruhui oleh ketua bahagian yang gilakan imbuhan segera.

penanglanie
beraraklah beramai ramai merentasi jambatan enam laluan
lalu berhijrahlah para nomad dunia
kekampung terpencil yang suhu lebih dingin
sg petani,sik,selama dan parit buntar

penanglanie
masih belum lagikah mahu belajar

Sunday, July 10, 2011

perjuangan di kota pinanglanie



kota ini berdiri lebih tinggi dari sejumlah manusia melainkan jika mampu berada diatasnya

dakilah untuk menakluki puncaknya,

biarlah letih,

biarlah terbakar segala lemak kemalasan

kerana pada berpenat itu, ada pesanan dari alghazali

ada makna kehidupan yang dicari


kota ini jika dijeritkan kepadanya erti perjuangan

ia akan menjadi seperti gua batu,

ia akan menjerit mbali suara itu kepada kalian,

berjuanglah, berjuanglah

kerana

kita adalah manusia

di cipta untuk berehat disyurga

salam pinanglanie

pinanglanie,
dah ada tiga line dah
dari tol cukai perai hingga ke batu uban
tanpa wang dah tak boleh masuk,melainkan berjalan di sepanjang jambatan,
sambil menikmati pemandangan pulau jerejak,pulao pinaom yang dulu milik maharaja kedah,
atau pandanglah tanah semenanjung yang ditinggalkan.

pinanglanie
cari carilah rumah sewa di bukit gedung
cari carilah mesin atm di bayan lepas fiz
cari carilah sunshine jika masih ada kekosongan jawatan pasukan keselematan
atau ke suiwah lama, jika nak berniaga ditepi jalan,
sesekali hari jumaat, boleh mencuba membeli keyakinan di masjid umar alkhatab, bayan baru.

pinang lanie
jika sudah ada duit lebih
daftarlah sebagai pengundi di parlimen bayan baru
tapi janganlah mengundi calon yang suka melompat bila tak dapat kontrak di padang golf bukit jambul.
undilah calon pinanglanie yang boleh berkata - hidup ini berilah sebanyaknya banyaknya,janganlah menerima sebanyak banyaknya